Anda di sini

PC Image kini mengadakan 'WOW! Big Sale' di seluruh Malaysia

Advertisement
PC Image mengadakan 'WOW! Big Sale' bermula dari 26 Mei hingga 4 Jun 2023 di semua outlet di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan outlet terbaru di Ipoh.
PC Image mengadakan 'WOW! Big Sale' bermula dari 26 Mei hingga 4 Jun 2023 di semua outlet di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan outlet terbaru di Ipoh.

KUCHING: PC Image Sdn Bhd (PC Image), salah satu kedai rangkaian IT terbesar di Malaysia dengan rangkaian luas alat IT mereka dan lebih 30 cawangan di seluruh Malaysia, kini mengadakan 'WOW! Big Sale'.

Jualan yang bermula dari 26 Mei hingga 4 Jun 2023 itu diadakan di semua outlet di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan outlet terbaru di Ipoh.

Semasa acara ini, pengguna boleh menikmati diskaun sehingga 80 peratus, banyak hadiah percuma, permainan Spin Eksklusif, Jimat dan Menang serta cabutan bertuah di semua cawangan PC Image.

PC Image mengadakan 'WOW! Big Sale' bermula dari 26 Mei hingga 4 Jun 2023 di semua outlet di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan outlet terbaru di Ipoh.
PC Image mengadakan 'WOW! Big Sale' bermula dari 26 Mei hingga 4 Jun 2023 di semua outlet di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan outlet terbaru di Ipoh.

PC Image juga menggalakkan pelanggan membeli melalui e-stor mereka di http://store.pcimage.com.my.

PC Image juga akan mengadakan siaran secara langsung di Facebook dan TikTok mengenai Wow Big Sale mereka.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran berkenaan boleh tonton Facebook Live PC Image pada jam 7 malam semasa acara tersebut.

Turut disediakan pemberian cenderamata dan sesi bidaan yang menarik semasa Facebook Live yang boleh didapati di laman Facebook, facebook.com/pcimage/.

Pengguna boleh menikmati diskaun sehingga 80 peratus, banyak hadiah percuma, permainan Spin Eksklusif, Jimat dan Menang serta cabutan bertuah dari semua cawangan PC Image.
Pengguna boleh menikmati diskaun sehingga 80 peratus, banyak hadiah percuma, permainan Spin Eksklusif, Jimat dan Menang serta cabutan bertuah dari semua cawangan PC Image.

PC Image juga menawarkan ansuran kad kredit untuk model terpilih dan pelan ansuran sehingga 24 bulan.

Bagi mereka yang tidak mempunyai kad kredit, pembayaran mudah AEON sehingga 36 bulan juga tersedia untuk permohonan. 

Untuk mengetahui lokasi cawangan PC Image, anda boleh ke http://pcimage.com.my/outlets/.

Ini ialah acara tahunan PC Image, disokong oleh lebih 30 vendor dan jenama, di mana mereka menyasarkan untuk menyampaikan nilai hebat kepada orang ramai dengan menawarkan harga rendah yang menarik untuk kebanyakan barangan mereka.

Untuk melanjutkan lagi penghargaan terhadap pelanggan setia, PC Image menggalakkan pelanggan menyertai program keahlian PC Image Elite Club kerana ahli boleh menikmati faedah eksklusif pada tawaran istimewa dan menerima kemas kini promosi.

Untuk butiran lanjut tentang faedah keahlian, sila layari http://pcimage.com.my/eliteclub/. 
 

Advertisement