Anda di sini

Lelaki maut kereta dipandu rempuh belakang kenderaan mewah

Advertisement
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya merempuh bahagian belakang SUV mewah Sabtu lalu.
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya merempuh bahagian belakang SUV mewah Sabtu lalu.

MIRI: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah kenderaan mewah dalam kemalangan di lampu isyarat,Jalan Taman Tunku, Sabtu lalu.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata kemalangan membabitkan dua kenderaan itu menyebabkan pemandu kereta berumur 34 tahun itu maut di lokasi kejadian.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku kira-kira 10 malam yang mana kedua-dua kenderaan datang dari arah Taman Perumahan Taman Tunku dan menghala ke Jalan Pusat Bandar.

"Kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu kenderaan mewah jenis kenderaan utiliti sukan (SUV), berusia 49 tahun telah berhenti di lampu isyarat dan telah dilanggar dari arah belakang oleh kereta dinaiki mangsa," katanya.

Tegasnya, akibat perlanggaran tersebut telah menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian hadapan kereta.

Tambahnya, rempuhan itu mengakibatkan pemandu kereta telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu SUV tidak mengalami kecederaan.

Susulan daripada laporan polis tersebut, satu kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 

  • oleh
  • Advertisement