Anda di sini

Lebih 100 pasukan sertai Kejohanan Dart Terbuka Sibu 2023 

Advertisement
Zainal (dua kiri) menyampaikan cenderamata kepada Izkandar sambil diperhatikan oleh Kiing (kiri) dan Lim.
Zainal (dua kiri) menyampaikan cenderamata kepada Izkandar sambil diperhatikan oleh Kiing (kiri) dan Lim.

SIBU: Kejohanan Dart Terbuka Sibu 2023 yang julung kali diadakan selama dua hari bermula 27 Mei lalu telah menarik lebih 100 pasukan termasuk dari negara Brunei.

Timbalan pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Mohammed Abdullah Izkandar Roseley yang merasmikan kejohanan di Perpustakaan Awam MPS, gembira melihat kehadiran ramai itu.

“Kita gembira apabila kejohanan kali ini berjaya menarik kehadiran ramai pemain dari seluruh Sarawak.

“Lebih 100 pasukan telah mengambil bahagian dan lebih 10 pasukan luar  termasuk dari negara jiran kita Brunei Darussalam telah mengambil bahagian,” ujarnya.

Beliau juga memuji pihak penganjur iaitu Kelab AX Darterz Sibu yang memilik menggunakan salah satu kemudahan MPS bagi menganjurkan kejohanan.

“Oleh itu, tujuan dan penggunaan perpustakaan Awam MPS harus kekal relevan dan fleksibel kepada semua masyarakat,” kata Izkandar.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa Perpustakaan Awam MPS juga dalam proses mengubahsuai tingkat atas, yang kini dalam peringkat akhir reka bentuk sebelum pengubahsuaian dimulakan.

Hadir sama pada majlis perasmian kejohanan ialah presiden AX Darterz Sibu Zainal Ahmad Abd Sani dan Kaunselor Kiing Teck Ho dan Joseph Lim.
 

  • oleh
  • Advertisement