Anda di sini

Gadis cantik Bidayuh Kampung Sudad dinobatkan Dayung Gawea Tematu 2023 

Advertisement
Pemenang Dayung Gawea Tematu Benilda (duduk) diapit Joanna (kiri) dan Melanie merakamkan gambar bersama Snowdan (empat kiri) serta yang lain. Turut kelihatan John (dua kiri).
Pemenang Dayung Gawea Tematu Benilda (duduk) diapit Joanna (kiri) dan Melanie merakamkan gambar bersama Snowdan (empat kiri) serta yang lain. Turut kelihatan John (dua kiri).

KUCHING: Gadis cantik Bidayuh dari Kampung Sudad di sini,  Benilda Genovia Alvin merangkul gelaran Dayung Gawea Tematu 2023 sempena Karnival Gawai Tematu. 

Benilda menewaskan sembilan lagi finalis lain dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Kampung Tematu pada malam 27 Mei lepas. 

Manakala tempat kedua dimenangi Joanna Eve Presley dari Kampung Simpok, Padawan dan tempat ketiga dimenangi Melanie Joyce Jeman dari Kampung Raso 2, Lundu. 

Johan menerima wang tunai RM2,000 beserta mahkota, bunga, selempang, trofi, hamper dan sijil penyertaan. 

Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima wang tunai RM1,800 dan RM1,500 juga beserta mahkota, bunga, selempang, trofi, hamper dan sijil penyertaan. 

Benilda (tengah) diapit Joanna (kiri) dan Melanie selepas dinobatkan pemenang pertandingan Dayung Gawea Tematu 2023. Gambar Micklong Studio Kuching
Benilda (tengah) diapit Joanna (kiri) dan Melanie selepas dinobatkan pemenang pertandingan Dayung Gawea Tematu 2023. - Gambar Micklong Studio Kuching

Peserta sagu hati pula masing-masing menerima wang tunai RM200 beserta hamper dan sijil penyertaan. 

Bagi kategori sampingan, Miss Tradisional dimenangi Patricia Paschal Pilin dari Kampung Bumbok, Kuching, Miss Talent dan Miss Tourism (Pheobe Kisi, Kampung Stass, Bau), Miss Best Contemporary Dress dan Miss Photogenic (Melanie Joyce Jeman). 

Lagi kategori sampingan dipertandingkan, Miss Popularity dimenangi Emilia Dervina David Melen dari  Kampung Tematu, Kuching dan Miss Costume dimenangi Benilda Genovia Alvin dengan setiap pemenang menerima wang tunai RM300, bunga dan trofi. 

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan hadir merasmikan karnival dan pertandingan itu yang bertemakan ‘Adat Bidoyoh Puun Idip Bimadis’. 

Dalam pada itu Karnival Gawai Tematu dan Bitanding Dayung Gawea Tematu 2023 kata pengerusi penganjurnya John Pata telah berlangsung dengan jayanya pada tahun ini. 

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang mengambil bahagian dalam acara tahun ini. 

Tahun depan katanya, karnival ini akan kembali diadakan semula yang dijangka pada bulan Jun 2024. 
 

  • oleh
  • Advertisement