Anda di sini

FAS sentiasa prihatin kebajikan golongan memerlukan

Advertisement
 Darren bersama rombongan FAS merakamkan gambar kenangan ketika menyampaikan sumbangan.
KENANGAN: Darren bersama rombongan FAS merakamkan gambar kenangan ketika menyampaikan sumbangan.


KOTA KINABALU: Food Aid Sabah (FAS) sentiasa prihatin terhadap kesusahan dihadapi golongan kurang bernasib baik termasuk pelajar.

Baru-baru ini, FAS mengagihkan tilam dan bantuan makanan kepada pelajar di Maaha Tahfiz Al-Quran Wadi Syuib di Sandakan.

Pengerusi FAS Darren Liew berkata, bantuan yang diagihkan kali ini adalah sumbangan serta hasil kerjasama daripada ahli-ahli FAS dan Persatuan Kebajikan San Chuan Sabah.

Katanya, Maaha Tahfiz Al-Quran Wadi Syuib kini mempunyai lebih kurang 210 pelajar dari keluarga yang memerlukan.

“Sekali lagi kami bersyukur kerana Persatuan Kebajikan San Chuan Sabah dan ahli FAS sudi memberikan tajaan untuk misi bantuan kali ini,”  katanya

Beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan orang ramai untuk bekerjasama dan menderma khususnya pakaian atau mainan terpakai.

“Kami akan berusaha melaksanakan misi kemanusian menghantar semua barang-barang sumbangan kepada golongan memerlukan bagi meringankan beban mereka.

“Orang ramai atau korporat yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi FAS di talian 016-2200520 atau Facebook FAS https://www.facebook.com/ FoodAidSabah,” katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement