Anda di sini

Bilik sewa terbakar: Mujur sempat selamatkan diri

Advertisement
Keadaan bilik selepas terlibat dalam insiden kebakaran papada Ahad.
Keadaan bilik selepas terlibat dalam insiden kebakaran papada Ahad.

KUCHING: Sembilan individu berdepan detik cemas apabila bilik sewa mereka di Jalan Borneo berhampiran bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), di sini musnah dalam kejadian yang berlaku, pada Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitahu, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 8:28 malam.

Menurutnya, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dan dibantu BBP Batu Lintang bergegas ke lokasi.

"Setiba di lokasi mendapati berlaku kebakaran di tingkat tiga flat di kawasan berkenaan yang dijadikan bilik sewa.

"Terdapat lapan bilik di tingkat berkenaan dan hanya satu bilik berkeluasan 10 x 12 telah terbakar dengan anggaran 50 peratus," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, kesemua sembilan penghuni iaitu penyewa bilik berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

"Tiada operasi pemadaman yang dilakukan oleh pihak bomba berikutan kebakaran berjaya dikawal oleh orang awam," ujarnya.
 

  • oleh
  • Advertisement