Anda di sini

48 rumah panjang terima sumbangan minuman ringan 

Advertisement
Pemanca Randi menyerahkan sumbangan minuman ringan kepada tuai rumah di kawasan Poyut/Lubok, Marudi.
Pemanca Randi menyerahkan sumbangan minuman ringan kepada tuai rumah di kawasan Poyut/Lubok, Marudi.

MARUDI: Sebanyak 48 rumah panjang di kawasan Poyut/Lubok menerima sumbangan minuman ringan sempena sambutan Hari Gawai yang bakal menjelang tidak lama lagi. 

Sumbangan minuman itu adalah daripada Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala bagi meraikan Hari Gawai nanti.

Sumbangan itu diserahkan Ketua Masyarakat Iban Pemanca Randi Bundan dan Penghulu Keir Sulang Ujai kepada barisan tuai rumah tersenarai di kawasan itu.

Justeru, Tuai Rumah Jugah dan Tuai Rumah Lalo mengucapkan terima kasih kepada Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu atas sumbangan tersebut.

Sementara itu, pada majlis berasingan Gerawat turut menemui penduduk Rumah Michael Bigol di Logan Entasan B dekat sini, semalam.

Pada majlis ringkas itu, Gerawat melulus dan mengumumkan geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM43,000 untuk membeli jubin bagi ruai rumah panjang tersebut.

Hadir sama pada majlis itu Pemanca Randi, Penghulu Jimbau dan Penghulu Philip Dagang.
 

  • oleh
  • Advertisement