Anda di sini

110 pemanah sertai kejohanan liga memanah

Advertisement
 Antara peserta yang menyertai kejohanan tersebut.
PESERTA: Antara peserta yang menyertai kejohanan tersebut.

TAWAU: Seramai 110 orang menyertai kejohanan liga memanah yang dianjurkan Persatuan Memanah Tradisonal Daerah Tawau (PERMATA), di sini semalam.

Presiden PERMATA Shameer Abdurahman Hamid berkata, seramai 18 kelab memanah tradisional dari seluruh Sabah menyahut cabaran kejohanan tersebut.

Katanya, kejohanan itu bertujuan memupuk semangat dalam kalangan belia supaya mencintai sukan berbentuk sunnah dan disukai oleh Nabi Muhammad SAW.

“Ia juga dapat melahirkan belia yang mempunyai tahap perhatian dan fokus sesuai dengan manfaat memanah itu sendiri.

“Selain itu, mamupuk semangat kesukanan dan persaingan secara sihat dalam kalangan semua peserta kejohanan ini,” katanya.

Shameer berkata, kejohanan seperti ini kerap dilaksanakan supaya hubungan silaturahim antara semua kelab memanah di negeri ini dapat ditingkatkan.

“Saya percaya dengan adanya kejohanan ini, mampu menyatukan semua pemanah tradisional di negeri Sabah, selain dapat mengukur kemampuan masing-masing.

“Saya berharap semoga pemanah yang ada di negeri ini mampu bersaing bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat seluruh dunia,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement