Anda di sini

St John Ambulans Sandakan anjur seminar pertolongan cemas

Advertisement
 Tan bersama Ahli Jawatankuasa St John Ambulans Sandakan dan peserta seminar.
PESERTA: Tan bersama Ahli Jawatankuasa St John Ambulans Sandakan dan peserta seminar.

SANDAKAN: Seramai 45 orang pelajar di daerah ini mengikuti seminar pertolongan cemas yang dianjurkan oleh St John Ambulans Sandakan, semalam.

Seminar yang dianjurkan sempena Minggu Latihan Kebangsaan itu mendapat tajaan daripada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia.

Pemerintah Kawasan St John Ambulans Sandakan, Tan Chuan Joo berkata seminar tersebut sangat bermanfaat kepada semua pelajar.

“Seminar tersebut menyediakan platform supaya pelajar menguasai dan memahami kepentingan ilmu pertolongan cemas serta dapat membantu orang lain pada bila-bila masa.

“Peserta diajar kaedah asas termasuklah Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) serta menggunakan alat AED simulasi,” katanya.

Dalam pada itu, Tan menjelaskan bahawa St John Ambulans Sandakan turut menyediakan set lengkap kursus pertolongan cemas.

“Orang ramai dialu-alukan menghubungi Pejabat St John Ambulans Sandakan di talian 089215266 pada waktu pejabat untuk maklumat lanjut,”katanya.

Terdahulu, seminar tersebut disampaikan oleh Pembantu Perubatan Hospital Duchess Of Kent Sandakan, Awang Salleh Harun dan tiga orang jururawat.

  • oleh
  • Advertisement