Anda di sini

Segerakan laksana projek pembangunan

Advertisement
 Phoong (tengah) ketika menyempurnakan acara pecah tanah.
PECAH TANAH: Phoong (tengah) ketika menyempurnakan acara pecah tanah.

PUTATAN: Kerajaan negeri perlu mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat Sabah.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawan Phoong Jin Zhe berkata, kerajaan negeri boleh mengadakan kerjasama dengan pihak swasta bagi menjayakan pembangunan berkenaan.

"Kerajaan dan swasta perlu berganding bahu melaksanakan projek yang belum dibangunkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor merasmikan Majlis Pecah Tanah Damar Residence, Tropika Park City di sini, semalam.

Phoong berkata, perumahan berkenaan sudah dirancang lebih sembilan tahun tanpa sebarang pencapaian positif sehinggalah pada hari ini apabila Sabah Urban Development Corporation (SUDC) memainkan peranan.

Katanya, harga seunit rumah kondominium ini dijual dengan harga serendah RM350,000. Ia merupakan harga mampu milik. 

"Diharapkan dengan tawaran berkenaan, lebih ramai anak muda yang belum memiliki rumah, kini berkemampuan untuk memilikinya.

"Saya juga mahu semua pemaju di negeri ini, agar perumahan yang dibina perlu mempunyai taman-taman yang kondusif untuk penduduknya," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Zalam Development (Sabah) Sdn Bhd Tan Sri Wong See Wah berkata, Damar Residence merupakan salah satu inisiatif untuk menyahut seruan kerajaan untuk membina rumah yang praktikal dan mampu milik kepada golongan M40 pada kadar harga berpatutan.

"Keutamaan dan matlamat projek ini adalah untuk mencipta sebuah bandar yang mempunyai kemudahan lengkap di Kota Kinabalu, yang mana para penduduk boleh tinggal, bermain, bersenam, makan, berehat, membeli-belah dan bekerja di satu tempat.

“Oleh sebab itu, Tropika Park City akan dibina...Kami menawarkan pusat taman kepada keluarga untuk melakukan aktiviti rekreasi berjoging dan berbasikal pada lorong yang ditetapkan, kedai runcit dan semua kemudahan terdekat,” katanya.

Hadir sama ialah Pengerusi SUDC Jamawi Jaafar serta tetamu kehormat yang lain.
 

  • oleh
  • Advertisement