Anda di sini

Penduduk berterima kasih kepada kerajaan

Advertisement
 Ronnie (kiri) dan Simon mewakili keluarga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri.
TERIMA KASIH: Ronnie (kiri) dan Simon mewakili keluarga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri.

KOTA KINABALU: Seorang penduduk Keningau akhirnya berjaya memperolehi status permastautin tetap di negeri ini.

Erna Chew yang berasal dari Keningau menjelaskan dia dan suaminya Simon Sira Yosep Tukan sudah berkahwin selama 29 tahun.

"Kami juga sudah mempunyai dua orang anak, bagaimanapun tahun demi tahun permohonan saya untuk mendapatkan status permastautin tetap bagi suami saya tidak pernah berjaya.

"Sehinggalah pada satu hari, saya terbaca laporan di Utusan Borneo yang menjelaskan, Naib Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Sabah Datuk Ronnie Loh Ee Eng berjaya membantu mereka yang berhadapan masalah yang sama seperti saya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berikutan itu, Erna terus berhubung dengan Ronnie bagi mendapatkan bantuan menyelesaikan perkara terbabit.

Ronnie dalam pada itu menjelaskan, sejurus mendapat panggilan berkenaan, beliau meminta Erna hantar dokumen berkaitan untuk tujuan permohonan.

"Erna menghantar semua dokumen terbabit menerusi bas express dari Keningau dan pada 18 September 2021, saya terima dokumen berkenaan di pondok terminal bas Kota Kinabalu.

"Kemudian saya menyerahkan dokumen berkenaan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor untuk mendapatkan sokongan.

"Akhirnya semua usaha dilakukan membuahkan hasil apabila suami Erna akhirnya mendapat status permastautin tetap di Sabah," katanya.

Erna dan sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri dan semua pegawai Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri yang membantu melancarkan permohonan itu.

Dalam pada itu, Ronnie menjelaskan mereka yang mahu memohon status penduduk tetap di Sabah perlu memohon berdasarkan undang-undang sedia ada.

"Mereka yang mahu pertolongan boleh berhubung terus dengan saya dalam talian 019 8504368," katanya.

  • oleh
  • Advertisement