Anda di sini

KePKAS sokong usaha SWEPA bantu dana SSD

Advertisement
 Christina (tengah) ketika menerima kunjungan daripada SWEPA.
KUNJUNGAN: Christina (tengah) ketika menerima kunjungan daripada SWEPA.

KOTA KINABALU: Inisiatif Persatuan Usahawan dan Profesional Wanita Sabah (SWEPA) membantu dana pengurusan Persatuan Orang Pekak Sabah (SSD) perlu diberi sokongan yang padu semua pihak.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Datuk Christina Liew berkata, pihaknya menyambut baik usaha yang ingin dilaksanakan SWEPA untuk membantu golongan yang memerlukan.

Katanya, difahamkan SWEPA akan mengadakan Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-30 untuk mengumpul dana sumbangan tersebut.

“Majlis ini juga bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan SWEPA meneruskan pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan untuk ahli dan orang ramai.

“Selain itu, mereka juga mahu mempromosikan SWEPA kepada semua usahawan dan profesional baharu yang ada di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan Ahli Jawatankuasa SWEPA di pejabatnya, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, banyak pencapaian yang dilakar oleh SWEPA dalam membentuk komuniti usahawan dan profesional di negeri ini sejak ditubuhkan pada tahun 1993.

“SWEPA juga terbukti mengangkat martabat wanita dan menjadi barisan hadapan dalam pembangunan ekonomi negara,” katanya.

Dalam pada itu, Christina juga beranggapan bahawa SSD perlu diberikan perhatian kerana badan ini banyak membantu kerajaan khususnya menjaga kebajikan golongan orang kurang upaya (OKU) Pekak.

“SSD juga telah mewujudkan pusat pendidikan di peringkat prasekolah untuk melatih kanak-kanak yang disahkan mengalami masalah pekak.

“SSD juga turut menyediakan latihan kemahiran jangka pendek supaya golongan pekak ini ditempatkan dalam bidang pekerjaan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement