Anda di sini

KCGCCI, ACCCIS kunjungi Duta Indonesia ke Malaysia Hermono

Advertisement
Tan (empat kiri), Hermono (empat kanan) pada perjumpaan tersebut. Turut kelihatan Hendra (kiri), Raden (tiga kiri), Kuek (tiga kanan), Jonathan (dua kiri) dan Rodger (dua kanan).
Tan (empat kiri), Hermono (empat kanan) pada perjumpaan tersebut. Turut kelihatan Hendra (kiri), Raden (tiga kiri), Kuek (tiga kanan), Jonathan (dua kiri) dan Rodger (dua kanan).

KUCHING: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuching (KCGCCI) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Sarawak (ACCCIS) yang diketuai Presidennya Dato Tan Jit Kee telah mengadakan kunjungan ke pejabat Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia Hermono baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan, Tan telah menyerahkan jemputan ulang tahun ke-133 kepada Hermono.

Turut hadir Menteri Kaunselor (Hal Ehwal Ekonomi) di Kedutaan Besar Republik Indonesia Hendra P. Iskandar, Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono dan Konsul Ekonomi Theodorus Satrio Nugroho.

Juga, Naib Presiden KCCCCI dan ACCCIS Kuek Eng Mong, Setiausaha Agung Dato Jonathan Chai Voon Tok dan Pengerusi Ekonomi Digital merangkap Pengerusi Kerja Untuk Ulang Tahun Ke-133 KCCCCI Rodger Chan Siong Boh.
 

Advertisement