Anda di sini

Jeffrey rasmikan sambutan Pesta Kaamatan Mukim Tuntumulud

Advertisement
 Jeffrey memalu gong sebagai simbolik perasmian perayaan Pesta Kaamatan Mukim Tuntumolod di Kampung Bunsit sambil disaksikan oleh Robert dan Rafie serta pemimpin masyarakat setempat lain.
RASMI: Jeffrey memalu gong sebagai simbolik perasmian perayaan Pesta Kaamatan Mukim Tuntumolod di Kampung Bunsit sambil disaksikan oleh Robert dan Rafie serta pemimpin masyarakat setempat lain.


KENINGAU: Pengerusi Penyelaras Kadazandusun Cultural Association (KDCA) daerah Keningau Rafie Robert menghadiri sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Tuntumulud yang diadakan di Balai Raya Bunsit Bingkor pagi kelmarin.


Tuan rumah bagi sambutan itu, Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) Kg Bunsit telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

 
Turut hadir Pembantu Menteri Kerja Raya yang juga  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik.


Rafie yang juga Ahli Majlis Tertinggi KDC Pusat mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada penganjuran perayaan tersebut yang berjaya mengadakannya dengan meriah walaupun perayaan julung kali diadakan pada tahun ini.

  • oleh
  • Advertisement