Anda di sini

Hab Inovasi Digital Sibu jemput orang ramai menyertai bengkel

Advertisement
Poster bengkel di bawah 'Sandbox Programme' SDIH direka untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran penting dalam pengurusan perniagaan berjaya.
Poster bengkel di bawah 'Sandbox Programme' SDIH direka untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran penting dalam pengurusan perniagaan berjaya.

SIBU: Hab Inovasi Digital Sibu (SDIH) ingin menjemput orang ramai mengambil bahagian dalam bengkel tiga hari eksklusif mengenai Keperluan Pengurusan Perniagaan berlangsung dari 7 hingga 9 Jun ini di premis SDIH, Lorong Kuda 2 di sini.

Bengkel di bawah 'Sandbox Programme' SDIH menampilkan tiga bengkel komprehensif direka bagi melengkapkan peserta dengan kemahiran penting pengurusan perniagaan yang berjaya.

Ia sesuai untuk syarikat baharu yang ingin mendapatkan pengetahuan berharga dalam perakaunan, penyata kewangan, cukai perniagaan dan tanggungjawab majikan.

Bengkel pertama Perakaunan dan Penyata Kewangan diadakan pada 7 Jun depan.

Topik ini memperincikan mengenai asas perakaunan, penyata kewangan dan amalan simpan kira mengurus kewangan syarikat dengan berkesan dan membuat keputusan perniagaan termaklum.

Bengkel kedua (8 Jun) menyentuh mengenai topik Cukai Perniagaan di mana peserta diberi pemahaman selok-belok percukaian perniagaan dan temui strategi mengoptimumkan perancangan cukai sambil memastikan pematuhan terhadap peraturan.

Bengkel terakhir (9 Jun) dengan topik Tanggungjawab Majikan memberi maklumat kepada peserta tentang kewajipan dan tanggungjawab undang-undang sebagai majikan termasuk KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial), EIS (Sistem Insurans Pekerjaan) dan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri).

Setiap bengkel berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Peserta menerima sijil selepas tamat siri bengkel.

Tempat duduk terhad disediakan. Tempah tempat anda sekarang dengan mendaftar melalui talian di : https://bit.ly/sandboxdih.
 

  • oleh
  • Advertisement