
KOTA KINABALU: Dua lelaki ditahan selepas disyaki memiliki minuman keras tidak bercukai bernilai RM29,000, di daerah Penampang, semalam.
Tangkapan dilakukan oleh anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang menjalankan serbuan di sekitar lokasi kejadian.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pihaknya turut merampas sebanyak 180 kotak minuman keras pelbagai jenama.
“Kedua-dua suspek terbabit ditahan selepas disyaki terlibat dengan penyeludupan minuman keras tidak bercukai di sekitar daerah ini.
“Semua minuman keras berkenaan ditemukan di dalam sebuah van dan lori di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.
Katanya, kedua-dua suspek terbabit bersama barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM untuk siasatan lanjut.
“Jumlah keseluruhan rampasan termasuk dua kenderaan tersebut dianggarkan bernilai RM114,000 dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1968,” katanya.