Anda di sini

Peru rampas 58kg kokain ada lambang Nazi, Hitler

Advertisement
 Gambar serahan Polis Negara Peru menunjukkan bungkusan kokain dengan lambang swastika Nazi dan nama Hitler yang dirampas dari sebuah kapal kontena di pelabuhan Paita, Peru kelmarin. — Gambar AFP
HASIL RAMPASAN: Gambar serahan Polis Negara Peru menunjukkan bungkusan kokain dengan lambang swastika Nazi dan nama Hitler yang dirampas dari sebuah kapal kontena di pelabuhan Paita, Peru kelmarin. — Gambar AFP

LIMA: Anggota pasukan antinarkotik di Peru telah merampas 58 kilogram (kg) kokain untuk penghantaran ke Belgium dalam beberapa bungkusan yang mempunyai lambang Nazi dan nama Hitler, menurut polis kelmarin.

Gambar serahan polis menunjukkan dadah tersebut telah disembunyikan dalam 50 bungkusan sebesar saiz batu bata, setiap satunya mempunyai lambang swastika Nazi.

Beberapa bungkusan telah dibuka dengan nama Hitler ditulis dalam corak seni pahat pada serbuk putih yang dibungkus.

Dadah itu telah ditemui dalam sebuah bot dengan bendera Liberia di pekan pelabuhan kecil utara Paita, berhampiran sempadan dengan Ecuador.

Ia berasal dari Guayaquil, bandar pelabuhan Ecuador yang terkenal sebagai kawasan lompatan utama bagi dadah Amerika Selatan menuju ke Amerika Syarikat dan Eropah.

Polis tidak menyatakan jika suspek telah ditangkap.

Dadah yang dibungkus dengan lambang Nazi bukan satu perkara yang polis Peru pernah hadapi sebelum ini.

Pihak berkuasa Peru merampas 22 tan kokain pada 2022.

Selepas negara jirannya Colombia, Peru merupakan pengeluar terbesar kokain di dunia, dengan kira-kira 400 tan setahun, menurut perangkaan rasmi.

Negara itu juga salah sebuah pengeluar terbesar untuk daun koka, satu produk yang sah di sisi undang-undang ketika digunakan untuk mengunyah atau melakukan penanaman namun ia juga bahan utama dalam kokain. — AFP 

Advertisement