Anda di sini

Pembangunan sistem pendidikan jamin kemakmuran negara

Advertisement
 Yusof (tengah) ketika menyempurnakan gimik perasmian majlis berkenaan.
RASMI: Yusof (tengah) ketika menyempurnakan gimik perasmian majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Pembangunan sistem pendidikan menjadi satu pelaburan bukan sahaja dapat menjamin kemakmuran negara tetapi juga melahirkan modal insan berilmu pengetahuan serta berkemahiran tinggi pada masa depan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Yusof Apdal berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)  komited dalam usaha membantu mencapai hasrat kerajaan melalui pelaksanaan inisiatif dan program yang memberi manfaat kepada pemegang taruh KPT khususnya, serta komuniti dan masyarakat secara amnya seperti Program Jom Masuk U.

Katanya, pelbagai pameran dan acara menarik disediakan pada program ini antaranya reruai
pameran akademik Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Awam dan swasta, agensi kewangan, pasukan beruniform, pemeriksaan kesihatan percuma, aktiviti bersama alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS), jelajah kampus, aktiviti bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Yusof merasmikan Program Jom Masuk U 2023 Zon Sabah yang bermula pada 27 Mei sehingga 28 Mei 2023 di UMS hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor.

Dijangka seramai 20,000 orang pengunjung akan hadir ke program ini yang bermula pada jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Program Jom Masuk U merupakan program signature tahunan KPT yang diadakan sebagai titik temu antara IPTA dan IPTS dengan para pelajar sekolah, ibu bapa dan pendidik bagi mendapatkan panduan serta konsultasi ke menara gading.

Objektif utama pelaksanaan JMU 2023 ialah menjadi Pusat Sehenti bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi.

Ia juga mendidik dan memupuk kesedaran dalam kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui aplikasi UPUOnline.

  • oleh
  • Advertisement