Anda di sini

Jenazah wira negara korban Gunung Everest berjaya dibawa balik

Advertisement
ARMIZAN
ARMIZAN

KOTA KINABALU: Jenazah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Ag Askandar Ampuan Yaacub yang terkorban dalam ekspedisi pendakian Gunung Everest berjaya dibawa balik ke tanah air, semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, semua urusan penghantaran itu telah diselaraskan oleh Kedutaan Malaysia di Nepal.

“Jenazah diterbangkan dari Kathmandu menggunakan pesawat MH115 pada jam 11.30 malam dan tiba pagi tadi pada jam 6.25 pagi.

“Jenazah kemudian dibawa balik ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat MH2646 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 2.15 petang,”katanya.

Menurutnya, atas permintaan ahli keluarga, jenazah akan dibawa ke kediaman mereka di Kampung Benoni, Papar, sebelum solat jenazah dilakukan di Masjid Jamek As-Salam Benoni.
“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Benoni untuk disemadikan mengikut upacara istiadat penghormatan APM,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement