Anda di sini

Penyertaan Juil ke dalam GRS tepat pada masanya

Advertisement
MASIUNG
MASIUNG

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Masiung Banah mengalu-alukan penyertaan bekas Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat, Datuk Juil Nuatim ke dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pihaknya menerima baik penyertaan Juil ke dalam GRS dan berharap rakyat di kawasan Limbahau terus mendapat manfaat menerusi peruntukan kerajaan.

Masiung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut berkata, landasan GRS akan menyatupadukan semua rakyat pelbagai kaum di Sabah ke dalam satu gabungan politik.

Katanya, keputusan Juil menyertai GRS amat bertepatan dengan situasi parti yang beliau (Juil) wakili sebelum ini. 

Pada 20 Mei lalu, Juil mengisytiharkan keluar dari KDM dan meletak semua jawatan dalam parti itu seterusnya menyertai GRS. 

Ketika ditemui di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kelmarin, Juil berkata beliau mengambil keputusan itu selepas membuat pertimbangan secara matang. 

JUIL
JUIL

Katanya, walaupun KDM bernaung dibawah kerajaan perpaduan diperingkat nasional, namun parti berkenaan agak sukar diterima dalam GRS di peringkat negeri. 

“Buat masa ini, saya belum memikirkan untuk menyertai mana-mana parti tempatan, oleh itu saya terus bernaung dibawah GRS," katanya.

  • oleh
  • Advertisement