Anda di sini

Parit konkrit di Lembah Hijau siap awal dari jadual asal

Advertisement
Lee (dua kiri) ditemani penduduk melihat keadaan parit yang telah siap di Kampung Lembah Hijau.
Lee (dua kiri) ditemani penduduk melihat keadaan parit yang telah siap di Kampung Lembah Hijau.

MIRI: Projek parit konkrit di Jalan Lembah Hijau Utama siap lebih awal dari jadual ditetapkan.

Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin berpuas hati dengan kemajuan projek itu termasuk kualiti kerja pembinaan oleh syarikat kontraktor. 

"Projek ini dibina bermula 1 Mac lalu dan siap tiga bulan lebih awal dari jadual asal, " jelas Lee ketika melawat projek hari ini.

Projek melibatkan pembinaan parit terbuka bersaiz lebar 1,000mm dan sepanjang 65 meter, pembetung paip konkrit berdiameter 900mm, pembetung kotak konkrit berdiameter 1,500mm sepanjang lima meter dan penutup parit bersaiz lebar 1,000mm sepanjang lima meter. 

Lee yang juga ADUN Senadin memberitahu, projek melibatkan kos RM200,000 menggunakan peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP). 

Projek dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Miri. 

"Dengan adanya parit baharu ini kelak pastinya akan memperbaiki sistem pengairan di sekitar kampung ini," jelas Lee yang turut diminta oleh penduduk untuk memperluaskan projek parit konkrit sehingga ke penghujung kampung. 

Lee meminta pihak JPS untuk membuat tinjauan dan kajian termasuk anggaran kos yang diperlukan. 

Dari situ, Lee akan cuba membuat permohonan peruntukan daripada kerajaan negeri untuk melaksanakannya. 

Advertisement