Anda di sini

Lawan pukul bantal atas titi acara nostalgia pada Pesta Ujud Simunjan

Advertisement
Acara lawan pukul batal atas palang menjadi tumpuan ramai orang ramai yang hadir memeriahkan Pesta Ujud sebelum ini.
Acara lawan pukul batal atas palang menjadi tumpuan ramai orang ramai yang hadir memeriahkan Pesta Ujud sebelum ini.

KUCHING: Aktiviti nostalgia iaitu lawan pukul bantal antara acara sukan menarik yang akan diadakan pada Pesta Ujud di Tebingan Sungai Kelka, Simunjan pada Julai depan.

Turut diadakan pada pesta bagi edisi ketiga itu ialah pelbagai acara tradisional lain yang mampu menggamit kenangan terindah dalam kalangan penduduk di daerah Simunjan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris berkata, antara acara sukan yang akan diadakan ialah lawan pukul bantal atas titi (batang khas), melontar buah kelapa, memanjat tiang licin, wau cantik, bola sepak veteran tujuh sebelah dan sukaneka.

"Aktiviti nostalgia lain ialah memancing ikan, mento senek (menangkap anak udang) menggunakan cara masyarakat dahulu kala serta banyak lagi," ujarnya semasa ditemui pada Khamis.

Menurut Awla, pesta berkenaan akan bermula dari 15 Julai dengan acara kemuncak pada 22 Julai.

"Apa yang menariknya, penganjuran kali ini oleh jawatankuasa pengelola iaitu Angkatan Anak Kelka, Simunjan akan cuba menampilkan kelainan bagi memeriahkan lagi suasana program sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

"Bermula dari tarikh tersebut iaitu 15 Julai, pengisian program begitu banyak seperti pertandingan pertunjukan fesyen untuk mereka yang berumur 50 tahun ke atas," jelasnya.

Selain itu katanya, turut diadakan pertandingan nyanyian melibatkan pelbagai peringkat umur.

"Menariknya penganjuran Pesta Ujud sebelum ini, mereka yang tinggal di luar daerah Simunjan juga sanggup pulang ke kampung untuk sama-sama memeriahkan suasana," tambahnya.

  • oleh
  • Advertisement