Anda di sini

KV Likas rangkul emas pertandingan ISTEC di Bali

Advertisement
 Pasukan inovasi KV Likas yang berjaya memenangi pingat emas di ISTEC, Bali.
TAHNIAH: Pasukan inovasi KV Likas yang berjaya memenangi pingat emas di ISTEC, Bali.

KOTA KINABALU: Kolej Vokasional (KV) Likas berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan inovasi International Science, Technology and Engineering (ISTEC)  Bali, Indonesia yang diadakan pada 11 sehingga 14 Mei 2023.

Pasukan inovasi dari program Teknologi Pembinaan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir di Bali Indonesia. 

Pasukan inovasi KV Likas terdiri daripada Nur Izzrahatul Ronnie, Nurafiqah Syazwana Mohd Yusri, Nuralyianah Abu Bakar merupakan pelajar tahun dua Program Teknologi Pembinaan.

Mereka diketuai oleh Guru Penasihat Rosman Pileh dan Ketua Jaminan Kualiti KV Likas Kalaimagal KSS Nathan.

Tajuk inovasi yang dianugerahkan pingat emas adalah LIVOC Plastic Brick 2.0, dalam kategori teknologi peringkat kolej dan Intitusi Pengajian Tinggi. 

Para pengadil yang berasal dari Afrika Selatan dan Indonesia tertarik dengan penggunaan sisa kelapa sawit dan plastik dalam penghasilan bata. 

Pengarah KV Likas Mokhtar Ibrahim berkata, penyertaan dalam pertandingan inovasi merupakan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi Bahagian Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV) dan adalah wajar bagi aliran Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Katanya, pengalaman dan pendedahan yang diperoleh oleh pelajar pasukan KV Likas adalah amat bernilai.

"Semoga kemenangan ini akan merintis lebih banyak kejayaan bagi KV Likas pada masa yang akan datang.

"Cabaran paling besar adalah untuk mendapatkan dana bagi menampung yuran penyertaan dan perbelanjaan tambang pengangkutan," katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.

Namun katanya, bantuan dan keprihatinan daripada pelbagai pihak telah merealisasikan penyertaan KV Likas di luar negara. 

Beliau berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu KV Likas sehingga berjaya mencapai pencapaian cemerlang itu.
 

  • oleh
  • Advertisement