Anda di sini

Kumpulan N.D.T johan Pertandingan Tarian Kreatif Bah!

Advertisement
 Para pemenang merakamkan gambar kenangan ketika di majlis berkenaan.
ALBUM: Para pemenang merakamkan gambar kenangan ketika di majlis berkenaan.


KOTA KINABALU: Kumpulan N.D.T. (Lahad Datu) berjaya menjadi johan pada Pertandingan Tarian Kreatif  Bah! dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM 1,500, sijil, trofi dan hamper.

Pertandingan yang diadakan di Tingkat 4, Palm Square Centre Point Sabah baru-baru ini, turut melihat Ngalay Yang (SK Luyang) dinobatkan sebagai naib juara dan menerima hadiah wang tunai RM 1,000. 

Moyi Dance Theatre (Ranau) pemenang ketiga dan menerima hadiah wang tunai RM800. Pemenang naib johan dan ketiga juga menerima sijil, trofi dan hamper.

Selain itu, pemenang sagu hati adalah kumpulan Pentayu, Persatuan Tarian Sabah Malaysia, kumpulan Kolimbambang dan kumpulan Original Sabahan Dance. 

Persembahan terbaik dimenangi oleh kumpulan Original Sabahan Dance. Penari lelaki serta wanita terbaik ialah Mohd Ainolfitri Bin Mohd Jinih dan Shelby Nicholly S. Kimpun.

Pertandingan itu adalah kerjasama diantara Centre Point Sabah bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenaian Negara (JKKN).

 
 

  • oleh
  • Advertisement