Anda di sini

Guru digalak kongsi perkembangan semasa Sarawak dengan pelajar

Advertisement
Tiang (lima kiri), So (empat kiri) dan Ling (lima kanan) merakam gambar kenangan bersama barisan ahli lembaga pengarah dan guru SJK (C) Kiang Hin pada majlis itu, malam tadi.
Tiang (lima kiri), So (empat kiri) dan Ling (lima kanan) merakam gambar kenangan bersama barisan ahli lembaga pengarah dan guru SJK (C) Kiang Hin pada majlis itu, malam tadi.

SIBU: Guru digalak untuk menggunakan sumber seperti keratan akhbar tempatan mengenai perkembangan terkini pembangunan dalam Sarawak untuk dikongsi dengan pelajar sekolah.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang berkata, adalah penting untuk memastikan anak Sarawak memahami apa yang telah capai hingga sekarang selepas 60 tahun Sarawak membentuk Malaysia.

"Guru adalah pendidik, mereka juga berpengaruh kepada pelajar kita. Namun, saya sedar guru-guru mengajar dari sukatan pelajaran kepada pelajar, tetapi saya mahu menggalakkan mereka untuk berkongsi dengan pelajar terutamanya anak Sarawak kita tentang (hal semasa) Sarawak menerusi keratan akhbar tempatan," katanya.

Tiang berkata demikian ketika ditemui pemberita setelah merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Kiang Hin di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu berkata, di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak telah mencatat pendapatan RM12 bilion pada 2022 berbanding sekitar RM6 hingga RM7 bilion pada tahun-tahun sebelumnya

Selain itu, dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru-baru ini, katanya, Premier Sarawak turut melaporkan kepada Dewan tentang apa yang telah Sarawak capai sehingga kini. 

"Kita memanfaatkan tenaga hijau dan mengembangkan bahan api penerbangan yang mampan dengan menggunakan mikro alga. Pada masa hadapan kita mungkin tidak perlu mencari minyak, menggali minyak dari laut dan tanah yang boleh kita tanam bahan api daripada alga mikro.

"Semua ini penting bukan kerana kunci kejayaan walaupun (masyarakat kita) berbilang budaya, berbilang agama tetapi kita hidup harmoni. Ini adalah masyarakat bersatu yang sangat stabil dan stabil dari segi politik.

"Semua ini sebenarnya membolehkan pencapaian kita supaya kerajaan kita boleh fokus untuk membuat dasar yang betul untuk membuat keputusan dan menggunakan hak istimewa dan keistimewaan kita di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk membawa manfaat sebenar," katanya.

Justeru, beliau berpandangan bahawa adalah wajar semua pembangunan dan pencapaian ini harus dikongsi bersama pelajar menerusi guru-guru di sekolah.

"Anda  telah melakukan kerja yang baik dengan akhbar tempatan. Jadi, gunakan laporan berita ini untuk berkongsi kepada pelajar mengenai apa yang berlaku di Sarawak kerana pelajar adalah pemimpin masa depan kita," katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengurusan SJK (C) Kiang Hin, Kapitan So Teck Kee, Guru Besar SJK (C) Kiang Hin, Ling Ing Kiong, Naib Pengerusi Lembaga Pengurusan SJK (C) Kiang Hin, Teng King Ho serta yang lain.

  • oleh
  • Advertisement