Anda di sini

Chin bertemu Shahelmey bincang isu semasa

Advertisement
 Chin (tiga kiri) ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Shahelmey (tengah). Turut kelihatan (dari kiri) ialah Peter, Shu Ying, Sim Fui dan Yong.
ALBUM: Chin (tiga kiri) ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Shahelmey (tengah). Turut kelihatan (dari kiri) ialah Peter, Shu Ying, Sim Fui dan Yong.


KOTA KINABALU: Isu penyelenggaran air, elektrik serta jalan raya dibincangkan ketika pertemuan diantara Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya di sini, baru-baru ini.

Chin berharap kerajaan negeri akan segera mengatasi semua masalah berkenaan demi kesejahteraan hidup rakyat Sabah.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Presiden LDP Datuk Yong Wui Chung, Setiausaha Agung Datuk Chin Shu Ying, Naib Presiden Datuk Peter Chin dan Sim Fui. Rombongan berkenaan mengadakan kunjungan hormat kepada Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya.

Antara isu lain yang dibangkitkan adalah masalah bekalan air masin yang membelenggu pengguna di Sandakan.

Dalam pada itu, Shahelmey memberikan jaminan kerajaan sedang berusaha yang terbaik untuk mengatasi isu-isu yang dibangkitkan itu.

Katanya, kerajaan juga akan melihat kepada pelbagai pendekatan alternatif penjanaan tenaga termasuk mempertimbangkan penggunaan arang batu.

Berkaitan dengan isu air masin di Sandakan, Shahelmey berkata jabatan air telah menguji kualiti air di loji rawatan air Segaliud setiap hari bagi memastikan bekalan itu selamat untuk digunakan.

Menurutnya, keadaan sudah bertambah baik, bagaimanapun kerajaan negeri memerlukan sokongan daripada kerajaan Pusat untuk melaksanakan pelan penyelesaian jangka masa panjang, termasuk menghubungkan Sungai Kinabatangan ke Sandakan.

  • oleh
  • Advertisement