
BINTULU: Biport Bulkers Sdn Bhd (BBSB) dan Bintulu Edible Oil Sdn Bhd (BEOSB) mengukuhkan hubungan sinergi mereka dengan memeterai perjanjian jangka panjang 20 tahun untuk penggunaan kemudahan pukal dan laluan pintasan BBSB.
Majlis menandatangani perjanjian diadakan pada Rabu lalu antara pasukan kepimpinan kedua-dua syarikat terbabit.
BBSB diwakili Ketua Pegawai Operatornya Wan Mohammad Zaidi Wan Kadir dan BEOSB diwakili Pengurus Besarnya Lu Khai Ing disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) Ruslan Abdul Ghani.
Ruslan berkata, pihaknya mengiktiraf kepentingan sumbangan BEOSB kepada pertumbuhan BBSB seperti sekarang.
"Kita berkeyakinannya kedua-dua pihak komited bekerjasama dan menyumbang ke arah pertumbuhan rantaian bekalan minyak sawit negeri ini untuk tempoh 20 tahun akan datang atau lebih," katanya berucap pada majlis tersebut.

Sementara itu, Lu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada BBSB atas sokongan diberikan kepada BEOSB selama ini memastikan BEOSB menerima perbincangan bidang kerjasama dengan BBSB.
"Menerusi kerjasama itu, kedua-dua pihak yakin dengan potensi bukan sahaja memberi manfaat kepada satu sama lain tetapi juga kepada negara," katanya.