Anda di sini

32 peserta kelas KEMAS lawat pusat penanaman kulat tiram

Advertisement
Dami (berdiri, dua kanan) bersama peserta pada lawatan tersebut.
Dami (berdiri, dua kanan) bersama peserta pada lawatan tersebut.

SIBU: Unit Pendidikan Kemahiran (PKEM) dan Unit Pembangunan Komuniti (PKOM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Selangau menganjurkan lawatan sambil belajar ke BB Mushroom di Rumah Lawrence Dana, Jalan Bukit Penyau di sini pada Selasa.

Lawatan itu disertai seramai 32 peserta kelas unit tersebut sambil diiringi tiga guru dan dua pegawai KEMAS Selangau iaitu Penyelia KEMAS DUN Kakus Wilson Maling dan Pegawai Pembangunan Komuniti dan Kemahiran KEMAS Selangau Hamidah Jahwi.

Ketua rombongannya Dami Dingon berkata, lawatan tersebut adalah untuk memberi ilmu tentang penanaman kulat tiram. 

Selain itu jelasnya, ia bertujuan untuk menjana pendapatan peserta kelas PKEM dan PKOM khasnya.

"Sepanjang lawatan kami diberi penerangan dan tunjuk ajar oleh pengusahanya, Bibi Dana yang sudah 11 tahun dalam perusahaan kulat serta dibawa melawat tapak penanaman dan sebagainya," katanya di sini hari ini.

Di samping itu, peserta turut mempelajari cara pemasaran kulat tiram menerusi kolaboratif pasar raya berdekatan dengan membekalkan hasil kulat tiram. 

"Lawatan sambil belajar itu memberi banyak ilmu pengetahuan kepada peserta untuk memulakan langkah baharu dalam bidang perniagaan kulat tiram," jelasnya.

Sehubungan itu, Dami merakamkan penghargaan kepada Bibi kerana memberi kerjasama kepada mereka sepanjang lawatan tersebut.

Advertisement