Anda di sini

Takrifkan dengan jelas status perlindungan burung walet di Sarawak: Persatuan

Advertisement
(Duduk dari kanan) Naib Setiausaha Persatuan Perdagangan Sarang Burung Sarawak, Lee kia boon, Timbalan Presiden Kueh Nai khiang, Presiden Loh Siaw Kuei, Setiausaha Wong Toh Hiing dan Naib Ketua Publisiti dan Perhubungan Dato Wong Joo hua.
(Duduk dari kanan) Naib Setiausaha Persatuan Perdagangan Sarang Burung Sarawak, Lee Kia boon, Timbalan Presiden Kueh Nai khiang, Loh, Setiausaha Wong Toh Hiing dan Naib Ketua Publisiti dan Perhubungan Dato Wong Joo hua.

KUCHING: Kerajaan dicadang untuk mengkaji semula undang-undang yang diwartakan untuk mentakrifkan dengan jelas mengenai status perlindungan spesies burung walet di Sarawak.

Pengerusi Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Sarawak, Loh Siaw Kuei berkata, ia antara perkara penting yang dicadangkan bagi tujuan pengawal seliaan yang lebih baik, meningkat daya saing, pemantauan, perlindungan dan tadbir urus bagi kedua-dua pengeluaran sarang burung gua serta sarang burung rumah.

Menurutnya, pihaknya berpendapat bahawa penternakan burung walet merupakan satu usaha pemuliharaan dan bukannya eksploitasi spesies burung walet.

"Ini kerana, hakikatnya adalah menjadi kepentingan semua penternak untuk memastikan kebajikan burung walet di ladang dilindungi, terdapat pertumbuhan populasi dan meningkatkan hasil.

"Oleh itu, ini antara tindakan bagi menghasilkan situasi 'menang bersama' yang sempurna untuk spesies burung walet dan penternak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mengenai undang-undang itu, penternak bersedia mematuhi peraturan dan undang-undang termasuk undang-undang yang mengawal aktiviti penternakan burung walet. 

Bagaimanapun, katanya undang-undang tersebut perlu dikaji untuk kemas kini agar sepadan dengan ekologi burung walet terkini serta keadaan pasaran sarang burung di mana ia boleh dirujuk daripada undang-undang di Semenanjung dan Indonesia.

Selain itu, beliau berkata Kerajaan Sarawak amat disyorkan supaya mengiktiraf pengeluaran, pemprosesan dan eksport sarang burung sebagai industri yang merealisasikan peluang pekerjaan yang luas kepada masyarakat tempatan.

Usaha ini katanya seperti penanaman lada, koko, getah, minyak sawit dan lain-lain. 

"Maka dengan itu, terdapat kepentingan untuk menubuhkan Lembaga Sarang Burung untuk menyelia, mengawal selia, menyelaras, mempertingkatkan dan mempromosikan industri sarang burung di Sarawak.

"Badan pentadbir industri sarang burung hendaklah bebas daripada Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan dilaksanakan sepenuhnya oleh lembaga yang dicadangkan bagi meningkatkan kecekapan pemprosesan permohonan lesen, kelulusan, pemantauan dan penguatkuasaan," tambahnya.

Dalam masa yang sama, Siaw berkata, penerbitan buku panduan industri sarang burung untuk menetapkan peraturan, kewajipan dan tatacara pihak berkepentingan juga penting untuk dilaksanakan bagi menggalakkan pematuhan peraturan.

"Lembaga yang diwujudkan hendaklah melindungi dan memperjuangkan kepentingan Sarawak selain ahli-ahli eksekutif lembaga perlu patuh kepada agensi Kerajaan Sarawak dan wakil pihak berkepentingan yang berkaitan," jelas Siew.

Menurutnya lagi, bagi melindungi kepentingan rakyat Sarawak dalam soal integriti dan akauntabiliti, beliau menambah, semua warga asing tanpa pendaftaran perniagaan sah, lesen atau status sah peribadi perlu dilarang memiliki, bersekutu, menjalankan, menjual, mengimport, mengeksport sarang burung Sarawak dalam sebarang bentuk.

Sehubungan itu, sekiranya dibangunkan dengan keedah yang betul, komoditi semula jadi yang berharga ini boleh memberi manfaat kepada semua rakyat Sarawak.

Cadangan ini dikeluarkan berikutan insiden baru-baru ini di Sibu di mana empat premis dimasuki SFC yang merampas sarang burung (yang boleh dimakan) dengan nilai kira-kira RM2.5 juta.

Jelasnya, tindakan ini turut menimbulkan kebimbangan dan kekeliruan yang mendalam di kalangan pemilik perniagaan sarang burung serta pihak berkepentingan. 

"Dengan itu, kami dengan rendah hati ingin mengemukakan cadangan dengan harapan dapat mengurangkan kesukaran dan halangan dalam pengeluaran sarang burung serta kenyataan daripada pandangan pihak berkepentingan. 

Justeru, beliau berharap agar kerajaan menyokong pengeluaran dan eksport sarang burung agar ia dapat diurus tadbir dengan lebih baik sebagai suatu sumber semula jadi.

"Usaha daripada kerajaan juga penting agar usaha pengeluaran sarang burung di negeri ini dapat bersaing secara berkesan dengan negara jiran terutamanya Indonesia, Thailand dan Vietnam," tambahnya.

  • oleh
  • Advertisement