Anda di sini

Sekitar 270 komuniti hadir majlis Aidilfitri KPN Pasir Putih

Advertisement
 Mohd Faquzree menyampaikan ucapan pada maljis itu.
SANTAI: Mohd Faquzree menyampaikan ucapan pada maljis itu.


PUTATAN: Seramai sekitar 270 orang yang terdiri daripada komuniti nelayan hadir pada Majlis Aidilfitri Kumpulan Penyelaras Nelayan (KPN) Pasir Putih, Putatan yang diadakan di jeti Nelayan Pasir Putih, dekat sini baru-baru ini.


Pengerusi KPN Pasir Putih Putatan, Mohd Faquzree Salim berkata, sambutan yang diadakan itu bertujuan mengeratkan silaturahim diantara komuniti nelayan bersama-sama pemimpin masyarakat setempat.


Jelas beliau pertemuan santai dalam suasana hari raya Aidilfitri juga merupakan antara landasan terbaik dalam menyalurkan sebarang pandangan serta masalah kepada pemimpin masyarakat yang hadir demi manfaat bersama.


"Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir pada majlis yang kita adakan ini, semoga ianya dapat mengeratkan kesatuan kita sebagai sebuah komuniti sekaligus mengukuhkan lagi perpaduan diantara kita.


"Saya tidak ingin berucap panjang kerana majlis ini adalah untuk kita bersantai bersama, harap semua bergembira kerana saya lihat ramai masyarakat pelbagai peringkat umur hadir pada majlis Aidilfitri yang diadakan, " katanya.

 Moktar menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang sempena majlis itu.
SAMPAIKAN: Moktar menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang sempena majlis itu.


Mohd Faquzree dalam ucapan turut menyatakan kesyukuran kerana dapat meraikan hari raya Aidilfitri tahun ini berbanding beberapa tahun lepas ekoran pandemik dan sewajarnya semua pihak menghargainya.


Justeru beliau berharap, seluruh komuniti yang hadir dapat memanfaatkan peluang dalam pertemuan ini untuk menjalin ikatan kesatuan yang lebih utuh demi kebaikan bersama dalam aspek kesejahteraan serta ekonomi yang lebih baik.


"Pada kesempatan ini juga, selain ucapan selamat hari raya Aidilfitri, saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh warga komuniti nelayan dalam kalangan Kadazan Dusun Murut (KDM) yang meraikan perayaan itu bulan ini.


"Semoga perayaan-perayaan yang kita sambut dapat mengukuhkan lagi perpaduan kita sebagai masyarakat majmuk, " katanya.


Turut hadir, Pegawai Daerah Putatan, Moktar Hussin; Ketua Balai Polis Putatan, SUB Inspector Jumain; Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan, Helmy Taib; PPM Keramat, Mahadzhir Maid; PPM Petagas, Latip Jiar dan OKK Datuk Muhammad Dahali Mat Sin.
 

  • oleh
  • Advertisement