Anda di sini

Pindaan Enakmen Wakaf Negeri Sabah diluluskan DUN 

Advertisement
 Mohd Arifin (tengah) bersama Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin (kiri) dan  Pembantu Menteri  Belia dan Sukan Datuk Fairuz Renddan (kanan) menunjukkan Buku Laporan Tahunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
LAPORAN: Mohd Arifin (tengah) bersama Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin (kiri) dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Fairuz Renddan (kanan) menunjukkan Buku Laporan Tahunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Wakaf (Negeri Sabah) (Pindaan) 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif.

Speaker DUN Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya meluluskan RUU berkenaan selepas disokong secara sebulat oleh sidang DUN.

Mohd Arifin berkata, RUU berkenaan digubal untuk meminda dan menambah peruntukan baharu dalam Enakmen Wakaf (Negeri Sabah) 2018.

Katanya, ia berkaitan dengan kelayakan sebagai seorang Ketua Pendaftar Wakaf dan peruntukan-peruntukan yang lebih jelas bagi membolehkan suatu mawquf didaftarkan sebagai wakaf selaras dengan kehendak undang-undang lain.

Beliau berkata, pindaan RUU berkenaan melibatkan lapan fasal termasuk memperuntukkan tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa RUU Enakmen Wakaf (Negeri Sabah) 2023 dan fasal kedua untuk meminda subseksyen 8(1) enakmen ini bagi memperuntukkan kelayakan Ketua Pendaftar Wakaf.

Menurutnya, fasal ketiga bertujuan menggantikan seksyen 9 bagi memperuntukkan prinsip asas wakaf menurut Hukum Syarak manakala fasal empat untuk memasukkan seksyen baharu 9A, 9B, 9C dan 9D bagi memperuntukkan kelayakan waqif, jenis wakaf, permohonan harta sebagai mawquf dan pewujudan wakaf.
 
"Fasal lima bertujuan meminda seksyen 12 bagi meluaskan kuasa Ketua Pendaftar Wakaf untuk mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran wakaf dan fasal enam untuk memasukkan seksyen baharu 19A untuk memberi Ketua Pendaftar Wakaf kuasa bagi mengeluarkan garis panduan atau arahan.
 
"Fasal tujuh untuk meminda perenggan 20(1)(a) bagi memasukkan persetujuan tuan punya bersama sebagai salah satu syarat mawquf," katanya.

Beliau berkata, RUU ini juga tidak akan memberi implikasi kewangan kepada kerajaan negeri.
 

  • oleh
  • Advertisement