Anda di sini

Lelaki didakwa beri maklumat palsu kepada pihak polis

Advertisement
 

MIRI: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 30 Jun depan untuk pengurusan kes seorang lelaki yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi maklumat palsu kepada pihak polis.
    
Sementara itu, tertuduh diperintahkan supaya dibebas dengan  jaminan RM1,000 berserta seorang penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.
    
Long Chee Seng, 47, dari Jalan Nakhoda Gampar di sini, telah didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidas melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
    
Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh memberi maklumat palsu kepada seorang penjawat awam iaitu Sarjan Johnny Mathew Jang dalam laporan polis yang dibuatnya.
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.53 tengah hari, 11 Mei lalu di Balai Polis Pusat Miri di sini.
    
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi.

  • oleh
  • Advertisement