Anda di sini

LeFF tampil di GSC CityONE Megamall dari 21-25 Jun ini

Advertisement
Poster tayangan yang bakal menemui pengunjung pada LeFF.
Poster tayangan yang bakal menemui pengunjung pada LeFF.

KUCHING: Le French Festival (LeFF) akan membuat penampilan sulung di GSC CityONE Megamall di sini bermula dari 21 hingga 25 Jun ini.

Penonton filem akan mempunyai banyak filem untuk ditonton dengan 15 filem Perancis yang mempersembahkan barisan teater GSC, daripada komedi dan 'thriller' kepada drama dan percintaan, selain banyak genre lain.

Salah satu filem utama ialah adaptasi 'The Three Musketeers' oleh Alexandre Dumas, di mana ia salah satu kejayaan dalam kesusasteraan Perancis berkonsepkan novel jubah dan keris.

Penampilan filem ini selepas mendapat kejayaan tayangan di Perancis di mana tayangan Malaysia akan menjadi tayangan perdana filem Asia.

Bagi golongan muda, LeFF pada bahagian kanak-kanak bagi festival yang dilancarkan pada 2022 akan berlangsung di Alliance Francaise di Kuala Lumpur dan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dengan filem animasi, sesi bercerita dan konsert yang menarik.

Di samping itu, LeFF akan meneruskan pengembangan skopnya dengan pelbagai persembahan kontemporari, pameran dan perjalanan masakan istimewa.

Antaranya ialah bengkel pastri atau bakeri selain tidak melepaskan peluang untuk merasai hidangan Perancis sambil melihat karya seni berwarna-warni yang dipaparkan di Champignons dan Delia Wines with Gallery des Artistes. 

Selain itu, orang ramai juga perlu merebut peluang menikmati makanan Perancis di restoran yang mengambil bahagian iaitu Entier, Nathalie Gourmet Studio dan Le Gourmandin.

Pengunjung juga dapat menyaksikan pameran unik dan lukisan langsung oleh pelukis dan penghibur Perancis Vaultman dengan kerjasama pemuzik tempatan Mei Lin Hii (piano) dan John Thomas (dram).

Orang ramai boleh maklumat lanjut tentang festival di https://www.alliancefrancaise.org.my/le-french-festival/
Dapatkan tiket percuma untuk menonton filem di LeFF di Kuching menggunakan kod promosi iaitu Borneo Post: FFFKCM000006E.

Penebusan bermula dari 25 Mei hingga 25 Jun tengah hari dan seterusnya melalui GSC Ticketing Kiosk, GSC e-Payment di www.gsc.com.my atau GSC Mobile Apps berkonsepkan siapa cepat dia dapat.

Cara menggunakan kod promosi ialah kod promosi mesti ditebus di halaman 'Mod Pembayaran.'

Selepas memilih mod pembayaran, pembeli perlu menandai kotak 'Adakah anda mempunyai Kod Promosi? Masukkan kod promosi dan klik 'Serah' untuk menebus kod promosi.

Penggunaan kod ini sah di GSC Mid Valley Megamall, GSC Nu Sentral, GSC MyTown, GSC 1 Utama, GSC Gurney Plaza, GSC Paradigm Mall JB dan GSC CityOne Megamall Kuching sahaja.

Advertisement