Anda di sini

ICE clear sunset koleksi terbaharu Ice-Watch untuk musim panas

Advertisement
 Koleksi musim panas terbaharu Ice-Watch iaitu ICE clear sunset.
BAHARU: Koleksi musim panas terbaharu Ice-Watch iaitu ICE clear sunset.
 Rekaan ICE clear sunset mampu menarik perhatian dan menambah warna pop pada mana-mana pakaian.
ICE: Rekaan ICE clear sunset mampu menarik perhatian dan menambah warna pop pada mana-mana pakaian.
 Reka Bentuk Ice-Watch menambah keyakinan kepada pemakainya.
YAKIN: Reka Bentuk Ice-Watch menambah keyakinan kepada pemakainya.

KOTA KINABALU: Ice-Watch melancarkan koleksi musim panas terbaharu iaitu ICE clear sunset sempena ulang tahun pertama galeri Ice-Watch di Sabah.

Pengurus Pemasaran Ice-Watch Malaysia May Yan berkata koleksi terbaharu ini menampilkan reka bentuk warna cerah buah serta tali lut sinar menarik.

“Jam tangan baharu daripada Ice-Watch ini adalah gabungan gaya dan fungsi yang sempurna, menjadikannya aksesori yang meyakinkan pemakainya untuk hari musim panas.

“Direka bentuk untuk menangkap intipati musim panas, koleksi terbaharu Ice-Watch menampilkan pelbagai kecerunan warna yang direka untuk melengkapkan mana-mana pakaian musim panas.

“Koleksi ini juga mempamerkan gaya yang sesuai untuk lelaki dan wanita, termasuk reka bentuk minimalis yang sesuai untuk menikmati hari santai dan reka bentuk berani yang sesuai untuk keluar berseronok pada malam hari,” katanya.

Menurutnya koleksi yang direka bentuk di Belgium ini memberikan bayangan matahari terbenam pada warna jernih ICE dilancarkan secara global dengan kesesuaian untuk musim panas.  

“Kita yakin rekaan ini akan digemari pelanggan berikutan ciri-ciri keanggunan selari dengan kecanggihan teknikal yang digunakan dalam jam tangan ini.

“Setiap jam tangan dalam koleksi ini juga dibuat menggunakan bahan berkualiti tinggi untuk memastikan ketahanan dan jangka hayat maksimum.

“Jam tangan ini menampilkan ciri kalis kaca dan kalis air, menjadikannya aksesori yang sempurna untuk hari musim panas,” katanya.

Beliau berkata musim panas perlu dinikmati bersama reka bentuk unik pada koleksi terbaharu seterusnya menambah keyakinan untuk pelanggan.

“Koleksi yang diilhamkan dari konsep matahari terbenam disertai warna-warna hangat menjadikan jam ini sangat sesuai untuk musim panas.

“Sarung poliamida sejernih kristalnya dilengkapi dengan dail kecerunan cantik yang pudar daripada merah jambu dan oren kepada biru dan ungu.  

“Hasil yang menakjubkan ini mampu menarik perhatian dan menambah warna pop pada mana-mana pakaian,” katanya.

Menurutnya apa yang menarik ICE adalah lebih daripada sekadar koleksi yang cantik, jam ini juga mempunyai ciri berkualiti tinggi disertai pergerakan Kuarza Miyota yang mengekalkan

masa yang tepat dan kalis air sehingga 100 meter.  

“Jam ini juga mempunyai tali yang benar-benar lutsinar yang selesa dipakai bersama dengan apitan imej rama-rama yang menawarkan padanan yang selamat dan rupa yang lancar pada pergelangan tangan.  

“Ia adalah aksesori yang sempurna untuk hari musim panas dengan gabungan gaya dan fungsi dalam satu pakej yang menakjubkan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement