Anda di sini

21 geran tanah didaftar untuk tapak sekolah di Semporna

Advertisement
NIZAM
NIZAM

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sudah mendaftarkan sebanyak 21 geran tanah sebagai tapak pembinaan sekolah di daerah Semporna.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi keutamaan soal pendidikan modal insan di negeri ini.

Katanya, daripada jumlah geran yang didaftarkan itu, sebanyak 19 buah sekolah rendah dan dua sekolah menengah akan dibina di daerah Semporna.

“Semua 21 geran tersebut telah didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bertujuan sebagai tapak pembinaan sekolah.

“Sebanyak lima tapak sekolah sudah dalam proses pengukuran atau semakan pelan, manakala enam permohonan tanah untuk tapak sekolah masih diproses oleh Jabatan Tanah dan Ukur (JTU),”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Jamil Hamzah dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-16 Penggal Keempat di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri akan memastikan supaya pendaftaran geran tanah tapak-tapak sekolah berkenaan dilaksanakan dengan segera selaras dengan prosedur yang ditetapkan.

“Ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan implikasi yang timbul akibat kelewatan penukaran sesuatu hak milik tanah bagi tapak sekolah kerajaan Persekutuan.

“Kelewatan itu akan menyukarkan sekolah yang terlibat menerima peruntukan projek pembangunan gantian dan penambahbaikan sekolah tersebut,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement