Anda di sini

UCSF laksana aktiviti khidmat masyarakat di Gayang, Tuaran

Advertisement
 Pelajar dan pensyarah UCSF yang terlibat dalam program khidmat masyarakat di Surau Nuli Pammin Gayang.
SEMANGAT: Pelajar dan pensyarah UCSF yang terlibat dalam program khidmat masyarakat di Surau Nuli Pammin Gayang.

TUARAN: 16 pelajar Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) berjaya mengadakan melancarkan aktiviti khidmat masyarakat di Surau Nuli Pammin Gayang di sini.

Pensyarah Pusat Bahasa dan Pembangunan Generik UCSF Sharmimiee Mohd Hussain berkata aktiviti yang diketuai oleh Li An Jain Ng melibatkan bantuan menyiapkan badan induk surau, sumbangan wang tunai dan juga kelengkapan solat wanita.

“Surau Nuli Pammin Gayang kini sedang dibina dan dijadualkan akan siap dalam masa terdekat. 

“Ini adalah pelaksanaan aktiviti ketujuh dalam tahun ini dan saya berharap lebih ramai pelajar terdedah dengan aktiviti khidmat masyarakat yang akan memberikan mereka pengalaman berbeza dan impak tinggi terhadap kemahiran insaniah,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Surau Nuli Pammin Datuk Mohd Pintaz berkata program khidmat masyarakat yang dilancarkan oleh UCSF sangat baik dan turut merakamkan penghargaan dengan usaha murni pelajar yang memberikan bantuan bermakna dan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Dalam pada itu Naib Canselor UCSF Dr Rafiq Idris berharap agar program khidmat masyarakat di Surau Nuli Pammin Gayang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat dan juga pelajar yang terlibat. 

Beliau turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

  • oleh
  • Advertisement