Anda di sini

Pertandingan ratu cantik untuk lelaki, tindakan mencemarkan tradisi: Rafie

Advertisement
RAFIE ROBERT
RAFIE ROBERT


KENINGAU: Pengerusi Penyelaras KDCA Daerah Keningau Rafie Robert (gambar) menyifatkan penganjuran ratu cantik untuk golongan lelaki satu tindakan yang mencemarkan budaya tradisi Unduk Ngadau.


Jelas Rafie, penganjuran itu juga bertentangan dengan tradisi nenek moyang yang mana ianya hanya diadakan untuk kaum wanita dan bukan sebaliknya.


"Unduk Ngadau adalah untuk perempuan sahaja, malah sejak Unduk Ngadau diperkenalkan diawal 60an lagi ianya tidak pernah diadakan untuk lelaki.


"Saya tidak menyokong penganjuran seumpama itu kerana terpesong daripada tradisi nenek moyang, " katanya.


Beliau berkata demikian bagi mengulas tentang penganjuran Pertandingan Ratu Cantik sempena Perayaan Pesta Kaamatan di salah sebuah kampung di Keningau yang tular di media sosial.


Rafie yang juga Ahli Majlis Tertinggi KDCA Pusat berkata sebagai anak jati Kadazan Dusun Murut (KDM), kita perlu bersama-sama menjaga adat tradisi nenek moyang agar dapat diwarisi dengan baik oleh generasi  baru.


Kata Rafie lagi, mana-mana pihak yang menganjurkan Pesta Kaamatan tidak dibenarkan menggunakan logo dan nama KDCA lebih-lebih lagi jika tidak melibatkan Jawatankuasa KDCA.

  • oleh
  • Advertisement