Anda di sini

Kumpulan pemandu rali diserang,10 maut di Mexico

Advertisement
 Anggota tentera dan polis menyita tempat kejadian membabitkan serangan ke atas sekumpulan pemandu rali amatur di Ensenada, Sabtu lalu. - Gambar AFP
KEGANASAN: Anggota tentera dan polis menyita tempat kejadian membabitkan serangan ke atas sekumpulan pemandu rali amatur di Ensenada, Sabtu lalu. - Gambar AFP

TIJUANA: Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dan sembilan orang tercedera pada Sabtu apabila penyerang bersenjata menyerang sekumpulan pemandu rali amatur di pekan Ensenada utara Mexico berhampiran sempadan dengan Amerika Syarikat (AS), kata pihak berkuasa.

Para pemandu kenderaan itu yang menyertai sebuah perlumbaan, sedang berhenti di tepi sebatang lebuh raya ketika sekumpulan lelaki keluar dari sebuah trak pikap dan melepaskan tembakan.

Serangan itu menyebabkan sembilan orang cedera dan sepuluh maut, menurut pihak berkuasa Ensenada dalam satu kenyataan.

Pejabat pendakwa raya bagi wilayah Baja California, yang menempatkan Ensenada dan teruk dicengkam keganasan dadah, mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan siasatan khas bagi mengenal pasti pembunuh dan menentukan motif di sebalik serangan, menurut kenyataan tersebut.

Beberapa mangsa yang tercedera menerima rawatan kecemasan kemudian dipindahkan ke beberapa hospital di Ensenada, bandar kecil yang mempunyai kira-kira 440,000 penduduk.

Baja California adalah antara beberapa negeri di Mexico yang mempunyai kes homisid dengan niat paling banyak, majoriti dikaitkan kerajaan dengan keganasan di antara kumpulan jenayah terancang.

Antara Januari dan April, 721 pembunuhan telah dilakukan di sana, menurut kepada data rasmi.

Baja California dan lima lagi negeri meliputi hampir separuh daripada 9,912 kes homisid  yang direkodkan bavi tempoh yang sama.

Keganasan di Mexico telah menyebabkan hampir 400,000 kematian manakala puluhan ribu lagi hilang sejak 2006, ketika kerajaan mengerahkan operasi anti-dadah yang kontroversi dengan sokongan daripada AS dan penglibatan pasukan tentera. – AFP

Advertisement