Anda di sini

Anwar dijangka hadir sambutan Pesta Kaamatan Sabah

Advertisement
 Pairin memberi taklimat kepada Hajiji mengenai rancangan pembangunan KDCA semasa kunjungan itu.
TAKLIMAT: Pairin memberi taklimat kepada Hajiji mengenai rancangan pembangunan KDCA semasa kunjungan itu.

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menghadiri sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) 31 Mei depan.

Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata perkara ini adalah perbincangan utama semasa rombongannya mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Dalam mesyuarat terbabit, Pairin turut membentangkan laporan pembangunan KDCA kepada Hajiji termasuklah rancangan menaik taraf dan membesarkan bangunan KDCA dan penubuhan Yayasan Pendidikan dan Amal Huguan Siou.

Turut hadir Timbalan Presiden Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.

  • oleh
  • Advertisement