Anda di sini

ADUN Limbahau sah ahli individu GRS

Advertisement
 Juil (dua kanan) menyerahkan borang permohonan keahlian GRS kepada Hajiji. Turut kelihatan ialah Jeffrey (kiri) dan Joachim.
KENANGAN: Juil (dua kanan) menyerahkan borang permohonan keahlian GRS kepada Hajiji. Turut kelihatan ialah Jeffrey (kiri) dan Joachim.

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Juil Nuatim kini adalah ahli individu Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Juil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau diterima sebagai ahli individu GRS selepas menghantar permohonan keahlian kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang turut disaksikan oleh Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.

Juil sebelum ini mengumumkan keluar KDM pada 21 Mei lalu.
 

  • oleh
  • Advertisement