Anda di sini

Nilai eksport getah negara catat penurunan pada 2022

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Nilai eksport getah negara pada 2022 menurun kepada RM35.99 bilion berbanding RM71.01 bilion pada 2021, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga merupakan Menteri Perladangan dan Komoditi berkata industri getah menyumbang sebanyak 0.9 peratus kepada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lalu.

“Pengeluaran getah asli menurun sebanyak 16.6 peratus (cuplump) dan 52.7 peratus (lateks) dalam tempoh lima tahun dari 2017 sehingga 2022.

“Jumlah import getah asli menurun sebanyak 1.3 peratus pada 2022 manakala import lateks adalah sebanyak 286,943 tan dengan nilai RM2.72 bilion pada tahun sama,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau semalam.

Fadillah juga berkata hari ini beliau mempengerusikan Sesi Ke-4 Dialog Bersama Industri Agrikomoditi yang melibatkan sektor setah. - BERNAMA
 

Advertisement