Anda di sini

Dua sahabat ugut cederakan seorang wanita didenda

Advertisement
 

MIRI: Padah mengugut hendak mencederakan seorang wanita, dua sahabat masing-masing didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret.
    
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan kedua-dua tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.
    
Muhamad A'rif Akmal Aali, 28, dari Kuala Nerang, Kedah dan Herwandi Effendi, 35, dari Kampung Iran Suai, Niah, telah didakwa mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah perenggan pertama Seksyen 506 serta dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
    
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
    
Menurut keterangan kes, kedua-dua tertuduh didapati telah melakukan ugutan jenayah terhadap Victoria Jamba, 28, dengan mengugut hendak mencederakan mangsa hingga menyebabkan ketakutan kepada wanita terbabit.
    
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama pada jam 9.53 pagi, 15 Mei lalu di sebuah lot di Pine Ville 2 Southlake, Permyjaya di sini.
    
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman.

  • oleh
  • Advertisement