Anda di sini

Coway perbaharui identiti jenama sempena ulang tahun ke-17 

Advertisement
Choi berkongsi tentang perjalanan dan evolusi jenama Coway sejak ia mula memasuki pasaran Malaysia pada 2006.
Choi berkongsi tentang perjalanan dan evolusi jenama Coway sejak ia mula memasuki pasaran Malaysia pada 2006.

KUALA LUMPUR: Coway, syarikat Best Life Solution memperkenalkan identiti jenama yang diperbaharui semasa acara ‘brand renewal’ yang diadakan di The Space, Menara Ken TTDI.

Inisiatif pembaharuan jenama ini selaras dengan ulang tahun ke-17 Coway dan menandakan komitmen berterusan Coway untuk meningkatkan kualiti hidup melalui produk inovatif dan perkhidmatan yang telus.

(Dari kiri) Choi, Mira dan Ryan Jung, Ketua Bahagian Pemasaran dan Pendidikan Coway Malaysia mendedahkan Coway baharu kepada orang ramai pada Acara Media Pembaharuan Jenama Coway.
(Dari kiri) Choi, Mira dan Ryan Jung, Ketua Bahagian Pemasaran dan Pendidikan Coway Malaysia mendedahkan Coway baharu kepada orang ramai pada Acara Media Pembaharuan Jenama Coway.

Semasa acara itu, wakil-wakil dari Coway Malaysia berkongsi mengenai perjalanan dan evolusi jenama Coway sejak pertama kali ia memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2006.

Coway telah mengembangkan penawaran produknya dari penulen air serta penulen udara kepada pengalaman peralatan rumah yang lebih holistik untuk orang ramai di Malaysia.

Ini termasuk memperkenalkan rupa baharu Coway, perluasan perniagaan seperti penyaman udara Coway serta kerusi urut Coway terbaharu. 

Choi, Filzah dan Jung bergambar bersama produk Coway pada acara tersebut.
Choi, Filzah dan Jung bergambar bersama produk Coway pada acara tersebut.

Oleh itu, Coway juga percaya bahawa untuk mengekalkan relevansi jenama dan sebagai pendorong utama untuk membawakan gaya hidup yang lebih sihat, Coway komited untuk menjadi ‘innovator and caregiver’ yang mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik - setiap saat setiap hari. 

Duta jenama tempatan Coway Malaysia, Mira Filzah memeriahkan acara tersebut dengan kehadirannya di mana beliau berkongsi maksud perubahan dan bagaimana Coway telah mengubah hidupnya.

Mira berkongsi maksud ‘perubahan’ kepadanya dan bagaimana Coway telah mengubah hidupnya.
Mira berkongsi maksud ‘perubahan’ kepadanya dan bagaimana Coway telah mengubah hidupnya.

Pelbagai produk Coway seperti penulen air Core Plus, kerusi urut Coway, penyaman udara Coway, penulen udara Noble dan banyak lagi telah dipamerkan semasa majlis tersebut.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi berkata 2023 merupakan tahun yang hebat untuk Coway Malaysia.

“Di samping meraikan tahun ke-17 kami berkhidmat untuk rakyat Malaysia, kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada detik-detik perubahan dalam kehidupan isi rumah Malaysia dengan produk dan perkhidmatan kami.

“Dan kini, kami melancarkan identiti jenama kami yang diperbaharui yang mewakili komitmen serta dedikasi kami terhadap inovasi, kualiti, dan kepuasan pelanggan, serta visi kami untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia,” katanya.

Komitmen yang digalas oleh Coway 17 tahun lalu untuk menambah baik kehidupan rakyat Malaysia tidak goyah dan akan terus memenuhi janji ini untuk membawakan pengalaman peralatan rumah yang holistik kepada rakyat Malaysia sebagai syarikat Best Life Solution. 

Coway akan menggalakkan dan mendorong rakyat Malaysia untuk terus aktif dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan acara tahunannya – ‘Coway Run’ yang akan berlangsung pada September 2023.

Logo baharu Coway.
Logo baharu Coway.

Ditubuhkan pada tahun 1989, Coway adalah peneraju dalam pasaran pembuatan dan pengedaran peralatan rumah untuk kesejahteraan hidup di Korea Selatan.

Coway mempunyai kilang pembuatan penulen air yang terbesar di dunia, dan pusat R&D tercanggih di Universiti Kebangsaan Seoul.

Terkenal dengan peralatan rumahnya, Coway telah mengembangkan perniagaannya secara agresif ke seluruh dunia dan mempunyai lebih sembilan juta pelanggan di seluruh dunia.
 

Advertisement