Anda di sini

NMSC rai Hari Jururawat Antarabangsa bersama jururawat dari seluruh dunia 

Advertisement
Majlis memotong kek Hari Jururawat Antarabangsa dan gambar berkumpulan bersama Ketua Pegawai Operasi Vesmawati dan Nadzrah.
Majlis memotong kek Hari Jururawat Antarabangsa dan gambar berkumpulan bersama Ketua Pegawai Operasi Vesmawati dan Nadzrah.

KUCHING: Pusat Pakar Perubatan Normah (NMSC) baru-baru ini menyambut Hari Jururawat Antarabangsa 2023 bersama-sama jururawat dari seluruh dunia dengan tema 'Our Nurses, Our Future.'

Semasa perhimpunan itu, Pengarah Kejururawatan Nadzrah Basri mengiktiraf kerja keras dan pengorbanan jururawat di NMSC serta mengingatkan semua jururawat dan kakitangan penjagaan kesihatan untuk mengambil iktibar daripada wabak COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pakar Perubatan Normah Dato Dr Au Yong melawat gerai pendidikan anjuran jururawat.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pakar Perubatan Normah Dato Dr Au Yong melawat gerai pendidikan anjuran jururawat.

Menurutnya, pengalaman itu harus digunakan pada masa hadapan untuk memastikan jururawat dilindungi, dihormati dan dihargai.

Jururawat pada masa kini katanya, memikul tanggungjawab dan peranan kepimpinan yang lebih besar apabila sistem penjagaan kesihatan dimodenkan.

“Mereka berada di peringkat termaju inovasi penjagaan kesihatan dan memperkenalkan teknologi serta terapi inovatif untuk meningkatkan pemulihan pesakit. 

Demonstrasi oleh pakar bedah am, Dr Abang Affendi yang turut dibantu oleh jururawat endoskopi.
Demonstrasi oleh pakar bedah am, Dr Abang Affendi yang turut dibantu oleh jururawat endoskopi.

“Dengan pembaharuan kesihatan, teknologi baharu dan populasi tua semakin meningkat, kita mesti mengukuhkan sistem kesihatan kita melalui amalan, pendidikan dan kepimpinan selaras dengan Visi dan Misi Jabatan Kejururawatan kita,” ujarnya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau menambah di seluruh dunia hari ini, profesion kejururawatan dicabar oleh kekurangan jururawat, terutamanya dalam kepakaran dan wilayah tertentu. 

“Tambahan pula, jururawat kerap bekerja dalam keadaan tekanan tinggi, yang merupakan punca utama keletihan dan masalah kesihatan mental lain.

“Untuk menyokong jururawat kita dan memastikan masa depan profesion itu, adalah penting untuk melabur dalam pendidikan dan latihan kejururawatan dengan menyediakan sumber dan sokongan yang mencukupi serta menangani punca kekurangan jururawat; termasuk gaji rendah dan kekurangan peluang pembangunan profesional,” katanya. 

Dalam meraikan Hari Jururawat Antarabangsa 2023, Pusat Pakar Perubatan Normah turut melancarkan sudut Pendidikan Kejururawatan untuk Kesedaran Kesihatan Awam.
 

Advertisement