Anda di sini

Kumpulan KRPPDS Tematu akan tampil meriahkan Karnival Gawai Tematu 2023 

Advertisement
Saksikan persembahan Kumpulan Kebudayaan KRPPDS Tematu pada Karnival Gawai Tematu, 26 dan 27 Mei ini.
Saksikan persembahan Kumpulan Kebudayaan KRPPDS Tematu pada Karnival Gawai Tematu, 26 dan 27 Mei ini.

KUCHING: Kumpulan Kebudayaan KRPPDS Tematu akan tampil membuat persembahan pada Karnival Gawai Tematu 2023 yang akan berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini. 

Pengerusi karnival John Pata berkata, tampil dengan konsep muzik kontemporari, kumpulan kebudayaan yang terdiri daripada sembilan ahli itu ditubuhkan lapan tahun lepas. 

"Sebelum pandemik COVID-19, kumpulan kebudayaan ini pernah membuat persembahan pada acara-acara peringkat kebangsaan seperti Hari Malaysia, program Citrawarna dan juga majlis-majlis rasmi kerajaan. 

"Kumpulan ini juga pernah memenangi beberapa pertandingan kebudayaan seperti Pesta Semedang, Pesta Tapah dan juga Perarakan Gawai pada tahun 2019. 

"Pada Karnival Gawai Tematu kelak, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan persembahan daripada kumpulan ini secara langsung," katanya kepada Utusan Borneo. 

Sementara itu, Karnival Gawai Tematu akan turut menyaksikan Pertandingan Dayung Gawea Tematu di mana 10 finalis akan bersaing merebut gelaran Dayung Gawea Tematu 2023. 

Acara lain termasuk pertandingan Onak Dayung Gawea yang menampilkan seramai 11 finalis terdiri daripada peserta kanak-kanak dan Sindok Gawea untuk wanita yang sudah berkahwin. 

Karnival dua hari itu turut akan dimeriahkan dengan acara jualan makanan dan minuman serta acara sukaneka dan banyak lagi yang terbuka kepada umum. 
 

  • oleh
  • Advertisement