Anda di sini

Borneo MA Smart Vendors pacu martabat Orang Ulu dan keunikan budaya Sarawak

Advertisement
Mejar (K) Alexander Kadir (di kepala meja) bersama ahli jawatankuasa Pertandingan Menyanyi Orang Ulu dan pentandingan ratu cantik 'Miss Petite Continental Sarawak.'
Mejar (K) Alexander Kadir (di kepala meja) bersama ahli jawatankuasa Pertandingan Menyanyi Orang Ulu dan pentandingan ratu cantik 'Miss Petite Continental Sarawak.'

MIRI: Borneo MA Smart Vendors Sdn Bhd mengorak langkah berani demi memartabatkan Orang Ulu dan kekayaan budaya bangsa Sarawak dengan menganjurkan Pertandingan Menyanyi Orang Ulu dan pentandingan ratu cantik 'Miss Petite Continental Sarawak.'

Mesyuarat bersama Majlis Seni Sarawak yang berlangsung di Dynasty Hotel di sini pada Jumaat menyaksikan pembentangan kertas kerja Pertandingan Menyanyi Orang Ulu hasil cetusan idea Urai Rosiana. 

Pertandingan ini julung kalinya ini bakal menjadi landasan penyanyi-penyanyi Orang Ulu menyerlahkan bakat dan kemampuan dengan tarikh pertandingan akan ditentukan kemudian.

Sementara itu, pada satu lagi mesyuarat bersama wakil Majlis Seni Sarawak hari ini di tempat sama, perbincangan mengenai pertandingan 'Miss Petite Continental Sarawak' diadakan dan dijangka berlangsung sebelum Hari Kebangsaan tahun ini.

Jika kedua-dua program ini berlangsung dengan lancar, Borneo MA Smart Vendors Sdn Bhd bakal mencipta sejarah dalam penglibatan pemartabatan dan pemerkasaan budaya dan bangsa Sarawak.

Inisiatif berani ini pastinya sejajar dengan penubuhan anak syarikatnya iaitu BMAS Entertainment.

Sementara itu, Borneo MA Smart Vendors Sdn Bhd turut membuka sebuah reruai di Bazar Gawai Dayak Miri di Permyjaya di sini yang dirasmikan oleh Pengerusinya Mejar (K) Alexander Kadir Dato. 

Borneo MA Smart Vendors Sdn Bhd turut menaja Bazar Gawai Dayak tersebut yang berlangsung bermula pada Jumaat hingga 28 Mei ini dengan hadiah utama cabutan bertuah berupa pakej perniagaan mesin layan diri (vending machine) bernilai RM5,000.
 

  • oleh
  • Advertisement