Anda di sini

Kumpulan Koir SJPSS menang pertandingan di Vietnam

Advertisement
Kumpulan Koir atau Chamber Choir Sekolah Menengah Swasta St Joseph sekali lagi muncul sebagai Johan dalam pertandingan koir antarabangsa yang diadakan di Vietnam baru-baru ini.
Kumpulan Koir atau Chamber Choir Sekolah Menengah Swasta St Joseph sekali lagi muncul sebagai Johan dalam pertandingan koir antarabangsa yang diadakan di Vietnam baru-baru ini.

KUCHING: Kumpulan Koir Sekolah Menengah Swasta St Joseph (SJPSS) sekali lagi muncul sebagai johan dalam pertandingan koir antarabangsa.

Kumpulan koir yang terdiri daripada 20 pelajar, dua alumni dan diketuai oleh konduktor dan guru Benedict Lo Jin Chi menyertai Pertandingan Koir Antarabangsa Vietnam Ke-7 yang diadakan di Hoi An, Vietnam dari 3 hingga 5 April lalu.

Dengan himpunan lagu tempatan Sarawak dan Malaysia serta lagu-lagu lain dari seluruh dunia, Kumpulan Koir SJPSS muncul sebagai Pemenang Kategori Koir Remaja Suara Campuran Kategori G3 dan turut memenangi Diploma V Emas atas usaha mereka.

Ia adalah kemuncak usaha gigih selama berbulan-bulan koir itu sebagai persediaan untuk pertandingan tersebut yang turut menyaksikan kali pertama kebanyakan ahli koir turut menyertai pertandingan antarabangsa.

Benedict dalam kenyataannya selepas pulang dari Vietnam berkata, ia adalah perjalanan yang menarik serta mencabar, dan berbangga dengan cara pelajar mereka berjaya melakukannya bersama-sama, mempelajari maksud bekerjasama.

Beliau menambah disiplin dan semangat yang diperoleh melalui nyanyian koral adalah cara yang baik untuk pembangunan belia dan bersyukur kerana dapat menjadi sebahagian daripada proses ini.

Sementara itu, salah seorang pelajarnya turut berkongsi, "Saya fikir usaha saya dalam membuat persediaan untuk pertandingan itu membuatkan saya melihat bahawa segala-galanya memerlukan kerja keras dan tiada apa yang datang secara percuma."

Manakala, bagi yang lain pula mereka mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa mereka atas sokongan mereka, mengiktiraf semua orang serta membantu menjayakan perkara itu.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah serta Tifanny Jane, iaitu guru koir yang membantu Benedict dan Vivien Ng yang mengiringi mereka ke Vietnam.

Selepas pertandingan itu, kumpulan koir itu pergi ke Danang di mana mereka melakukan yang terbaik untuk masyarakat tempatan dengan menyanyi di rumah orang tua yang diuruskan oleh Sisters of St Paul. 

Kumpulan koir itu kembali ke Kuching pada hari ini.
 

  • oleh
  • Advertisement