Anda di sini

Laluan penerbangan MYAirline Kota Kinabalu ke Tawau kini tersedia

Advertisement
 Teo bersama dua kru kabin MYAirline yang memakai set pakaian seragam neutral jantina dengan jaket dan seluar unik yang digayakan dengan sepasang kasut putih.
SEMANGAT: Teo bersama dua kru kabin MYAirline yang memakai set pakaian seragam neutral jantina dengan jaket dan seluar unik yang digayakan dengan sepasang kasut putih.
 Teo bersama dua kru kabin MYAirline yang memakai set pakaian seragam neutral jantina dengan jaket dan seluar unik yang digayakan dengan sepasang kasut putih.
SEMANGAT: Teo bersama dua kru kabin MYAirline yang memakai set pakaian seragam neutral jantina dengan jaket dan seluar unik yang digayakan dengan sepasang kasut putih.

KOTA KINABALU: MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berjaya menyediakan satu lagi laluan penerbangan domestik di Sabah yang menghubungkan Kota Kinabalu ke Tawau.

Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline Rayner Teo berkata laluan kesembilan syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu dalam negara itu menunjukkan kejayaan perancangan awal dalam mengembangkan rangkaian laluan domestik seterusnya membolehkan pelanggan terutama pelancong mempunyai lebih pilihan ke destinasi baharu.

“MYAirline sebelum ini mengendalikan lapan laluan yang merangkumi Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi, Kota Bahru, Pulau Pinang, Tawau, Sibu dan Miri.

“Seperti yang dirancang, kita membuka laluan kesembilan yang akan mula beroperasi April ini dengan menghubungkan Kota Kinabalu ke Tawau,” katanya semasa sesi bertemu media di sini semalam.

Beliau berkata MYAirline kini juga sedang meneroka laluan sektor domestik yang lain malah pasukannya sedang membuat kajian pasaran terutama untuk Sandakan dan Bintulu.

Tambahnya pihaknya juga akan mempertimbangkan untuk tumpuan lebih tinggi bagi laluan Sandakan berikutan sambutan bagi penerbangan ke Sabah amat memberangsangkan dan sejak beroperasi selama empat bulan lalu laluan domestik ke Sabah mencatatkan pencapaian 96 peratus yang kebanyakkannya dalam kalangan penumpang tempatan.

Beliau bagaimanapun berkata pelaksanaan rancangan ini akan ditumpukan sepenuhnya selepas syarikatnya memberi tumpuan untuk melancarkan beberapa laluan serantau membabitkan beberapa negara jiran.

“Sebagai permulaan, MYAirline akan menyasarkan laluan antarabangsa ke pasaran serantau termasuk ke Singapura, Indonesia, Thailand, dan Vietnam.

“Laluan ini dirancang membabitkan destinasi yang mempunyai masa penerbangan kurang tempoh empat jam berdasarkan kapasiti pesawat yang digunakan.

“Kita juga sedang berbincang dengan pengawal selia yang berkaitan di negara ini bagi mendapatkan kebenaran penerbangan secepat mungkin,” katanya sambil menambah laluan domestik dan antarabangsa akan terus dipertingkatkan seiring dengan penambahan pesawat MYAirline.

Tambahnya pihaknya juga menyasarkan untuk memiliki sebuah pesawat baharu setiap bulan bermula tahun ini yang akan menambah kekuatan angkatan pesawat selain dapat terbang ke laluan baharu seterusnya komited untuk terus memberikan prestasi tepat masa (OTP) yang sihat dalam operasinya.

Beliau berkata MYAirline turut menyasarkan untuk mencapai 4.5 juta penumpang pada penghujung tahun seiring penambahan pesawat serta laluan baharu kelak.

  • oleh
  • Advertisement