Anda di sini

Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Membakut dapat sambutan menggalakkan

Advertisement
 Sebahagian peserta yang menyertai Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Daerah Membakut yang diadakan di Dewan Sri Wawasan Kg Pimping.
RAMADAN: Sebahagian peserta yang menyertai Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Daerah Membakut yang diadakan di Dewan Sri Wawasan Kg Pimping.

MEMBAKUT: Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Daerah Membakut yang diadakan di Dewan Sri Wawasan Kampung Pimping mendapat sambutan yang menggalakkan yang disertai oleh kira-kira 300 peserta.


Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Arifin Arif berkata, program berkenaan disertai ahli kariah daripada lapan buah masjid, 18 buah surau, sekolah-sekolah yang terdiri daripada golongan warga pendidik serta pemimpin adat setempat.


Jelasnya, program tadarus dan khatam bukan sahaja diadakan semasa bulan Ramadan tetapi juga masa-masa lain iaitu pada hari kebesaran Islam seperti Maal Hijrah dan Maulidur Rasul.

 Antara peserta yang terlibat dalam Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Daerah Membakut.
CONTOH: Antara peserta yang terlibat dalam Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Daerah Membakut.


"Hari ini kita mengadakan program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana, yang merupakan program tahunan kita. Program seumpama ini kita adakan tiga kali dalam setahun, bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi juga masa lain yang berhubung dengan hari kebesaran Islam.


"Penganjuran program yang diadakan ini antara lain bertujuan membudayakan amalan bertadarus disamping mendekatkan diri dengan al-Quran dan yang penting mendekatkan generasi muda dengan bacaan-bacaan al-Quran.


"Selain tadarus, kita juga mengadakan kupasan terhadap nilai-nilai al-Quran melalui tazkirah dan sebagainya pada masa yang sama, " katanya semasa ditemui Utusan Borneo selepas Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Daerah Membakut, dekat sini pagi tadi.


Dalam pada itu, Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut memberitahu, pada masa akan datang beliau akan menetapkan tema daripada surah-surah untuk dikupas dan dikongsikan kepada peserta terlibat.

 Arifin menyampaikan ucapan beliau sempena Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Daerah Membakut.
UCAPAN: Arifin menyampaikan ucapan beliau sempena Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Daerah Membakut.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyemarakkan  program yang kita adakan pada hari ini, di bulan Ramadan.


"Berikutan sambutan yang menggalakkan, kita bercadang untuk memperluaskan lagi program ini di masa hadapan dengan mengadakannya di mukim-mukim sekitar Membakut bagi membolehkan ramai lagi umat Islan menyertainya, " katanya.


Pada majlis itu, Arifin turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua peserta yang terlibat termasuk sebuah naskah al-Quran.

 

  • oleh
  • Advertisement