Anda di sini

Pusat Seri Mengasih komited tingkatkan motivasi

Advertisement
 Para tetamu kehormat bersama peserta merakamkan gambar kenangan selepas tamatnya program berkenaan.
ALBUM: Para tetamu kehormat bersama peserta merakamkan gambar kenangan selepas tamatnya program berkenaan.

KOTA KINABALU: Sejumlah 17 pelatih, guru dan kakitangan Pusat Seri mengasih serta lima peserta dari sektor swasta menyertai sesi latihan motivasi kendiri baru-baru ini.

Program berkenaan dianjurkan oleh Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah (UMS-FKAL) dan diketuai Mary Monica Jiony dan Juliana Jimis.

Dalam kenyataan pihak penganjur, setiap sesi latihan yang diwujudkan itu adalah hasil adunan tepat kepada para peserta. Ianya telah dikaji dengan diteliti sebelum dilaksanakan.

"Setiap sesi diwujudkan bagi membantu para peserta berhadapan dengan cabaran hidup, mewujudkan kesedaran yang lebih mendalam seterusnya memberikan fokus terhadapnya," katanya.

Ketua Pelatih Pusat berkenaan Hardih Madin berkata, sesi latihan yang diwujudkan itu membantu dia melihat perkara yang perlu diubah untuk keberkesanan yang lebih baik khususnya dalam pekerjaan.

Pengurusan Jawatankuasa Pusat Seri Mengasih Tulip Noorazyze turut memuji usaha pasukan penyelidik UMS-FKAL dalam menghasilkan sesi latihan yang penuh manfaat kepada para peserta.

Beliau berharap pasukan berkenaan akan kembali melaksanakan sesi seterusnya, memandangkan latihan diadakan telah memberikan impak positif kepada para peserta.
 

  • oleh
  • Advertisement